Isu program ppsmi
Prof Ezy Hj Ali ada mengatakan "renung-renungkan dan selamat beramal". Sek Ren Kepujian View my complete profile. Mohd Ghazali. Looking all article?
My Blog List. Medan Selera Bandar Tasik Putri. Kolam Pancing Bai World. Kulanz Salleh Blog. Open Chat. Follow this blog. Isu-isu Pendidikan di Malaysia isu-isu pendidikan di Malaysia menyentuh tentang aspek kebimbangan pihak kerajaan terhadap kualiti pendidikan di sekolah-sekolah..
Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan , setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia KPM akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Isu-isu semasa dalam sistem pendidikan Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran instructional leadership yang berkesan.
Insiden kes buli pelajar semakin membimbangkan Apalah nak jadi sekarang ini dengan pelajar pada masa kini? Buli apa pula nih??? HSP Moral. RPH Moral. Malahan guru-guru perlu membuat persediaan yang terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bagi guru yang bukan bidangnya akan mengalami masalah dalam proses pengajaran walaupun sudah membuat persediaan terlebih dahulu.
Melihat kepada cabaran-cabaran yang diterima, pendekatan yang sewajarnya telah dilakukan, sedang dilakukan dan perlu dilakukan. Pelbagai langkah boleh diambil dalam memartabatkan bahasa Melayu. Antaranya ialah pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.
Contahnya pelajar didedahkan dengan pelbagai program yang berlimu sekaligus membolehkan para pelajar tidak lagi bergelar katak di bawah tempurung. Usaha ini perlulah dimantapkan bermula dari sekolah prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Yang pertama ialah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan ilmu dan pengembangan ilmu selaras dengan perancangan yang yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak yang diperkukuhkan oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib dan jelas dapat dilihat dalam Seksyen21 12 Akta pelajaran yang mempunyai hasrat bahawa bahasa Melayu akan dijadikan bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem persekolahan dan penggunaan satu bahasa ini juga adalah untuk tujuan perpaduan rakyat.
Antara kejayaan yang dapat dilihat ialah kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti—universiti lain dalam perlaksaan bahasa Melayu untuk pelbagai bidang ilmu. Disamping itu, setiap kerajaan mahupun swasta perluah merancang dan menganjurkan pelbagai kegiatan yang dapat menyemarakan pembudayaan bahasa Melayu dari semasa ke semasa dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan martabat Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang sastera atau hanya terhad kepada institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera sahaja.
Dalam aspek penguasaan bahasa Inggeris, pendekatan yang rasional perlu dilakukan. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan guru serta penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di kelas atau bilik darjah.
Sekiranya waktu pengajaran bahasa Inggeris dikelas berlaku, maka guru-guru perlu memastikan pelajar-pelajar turut menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan di dalam kelas.
Ini memastikan penguasan bahasa Inggeris menjadi lebih bagus dari sebelumnya. Walau bagaimanapun, kekangan-kekangan dalam isu jurang antara pelajar luar bandar dan pelajar bandar ini dapat diatasi dengan beberapa cara. Masalah kekurangan bahan-bahan rujukan dalam isu jurang anatara pelajar bandar dan pelajar luar bandar perlu diatasi dengan segera agar para pelajar tidak ketinggalan dalam apa yang diajarkan. Antara bahan-bahan rujukan yang boleh membantu pelajar memehami subjek Sains dan Matematik dengan lebih berkesan ialah dengan menyediakan pakej yang terdiri daripada komponen-komponen seperti buku teks dalam bahasa Inggeris yang menjadi rujukan utama pelajar mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran pembelajaran Sains dan Matematik.
Pendekatan-pendekatan ini akan terlaksana dengan adanya kerjasama dari semua pihak terutamanya. Kita tidak boleh menafikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malysia masih berada di tahap yang rendah. Sudah tentu kita pernah mendengar rungutan majikan yang mengatakan bahawa graduan yang mendapat keputusan cemerlang masih tidak mampu bertutr dalam bahsa Inggeris dengan baik. Bahasa Inggeris merupaka satu bahasa global yang perlu dikuasai oleh semua orang. Penguasaan bahasa Inggeris yang mantap menjamin kejayaan negara dalam era globalisasi ini.
Para pendidik bertanggunjawab dalam menyuburkan pengajaran mereka di kelas. Sokongan dan dorongan guru mahupun ibu bapa perlulah senantiasa bersama anak-anak mereka. Amalan pengurus sekolah dalam memimpin pelaksanaan PPSMI di sekolah akan menentukan sejauh mana keberkesanan serta peningkatan pencapaian guru dan murid.
Terdapat 5 fungsi utama yang menjadi tanggungjawab pemimpin ini dalam menjayakan PPSMI serta mana-mana program akademik di sekolah iaitu menetapkan sasaran aspek peningkatan pencapaian guru dan murid, memberi sokongan dan penekanan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, memantau dan memberi maklum balas kepada guru, menguruskan pelaksanaan kurikulum, serta membuat penilaian program-program akademik.
Dasar ini perlulah diperkasakan manakala bahasa Melayu dimantapakan. Kedua-dua bahasa ini perlu dibawa seiring dengan kemajuan negara. Kedua-dua bahasa ini menjadi tunjang kepada negara kita.
No comments:. Newer Post Older Post Home. Subscribe to: Post Comments Atom. Dalam erti kata lain, hasil persidangan tersebut, bilangan yang menyokong dasar PPSMI dikekalkan berbanding dengan yang mahu balik ke pangkal jalan adalah sama bilangannya, walaupun hujah-hujah yang lebih akademik dan berasaskan penyelidikan berpihak kepada yang mahu balik ke pangkal jalan.
Bagaimanapun, hal ini disangkal oleh Dr. Shaharir Mohd Zain,iaitu salah seorang yang hadir dalam pertemuan pada Menuirutnya, pernyataan tersebut agak kontra dengan kenyataan sebenar. Malah, tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu akan menyebabkan para pelajar di negara ini sukar untuk bersaing ke peringkat tertinggi.
PKPIM yakin dan percaya bahawa pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu akan lebih membantu para pelajar di negara ini untuk menguasai kedua-dua matapelajaran itu dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa asing tersebut haruslah dibuat dengan memperkasakan kaedah pembelajaran bahasa itu sendiri, dan bukannya dengan mengorbankan subjek Sains dan Matematik sehingga ditukar bahasa pengantarnya.
Justeru, PKPIM mewakili suara pelajar Malaysia merasakan amat penting untuk menyatakan pendirian dan pendapat yang telus dan tulus demi kebaikan dan masa depan pelajar Malaysia seluruhnya. Katanya, kementerian mengambil kira pendapat semua terutama pakar dalam soal pendidikan dan berharap ia akan dapat digunakan bagi mencari mekanisme terbaik untuk menjayakannya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung pelaksanaan PPSMI yang menerima pandangan berbeza daripada banyak pihak selepas merasmikan Kursus Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Kebudayaan Tradisional Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 24 November Namun, Mohd Sabri Mohd Arshad membidas bahawa jumlah sebanyak Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh.
Mahathir bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeza. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun.
Namun, PPSMI bukan program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing! Menurutnya lagi, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.
Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri.
Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa lepas.
Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut! Terdapat golongan yang menyokong agar diteruskan PPSMI namun masih ramai juga golongan terutama para ilmuwan, cerdik pandai dalam bidang bahasan mahupun sains yang menolak penerusan PPSMI.
Dalam artikel ini, penulis mengakui bahawa penulis tidak membincangkan tentang golongan yang menyokong PPSMI. Bukanlah kerana penulis menentang PPSMI tetapi kekurangan ini disebabkan penulis kekurangan maklumat.
Kemungkinan artikel penulis kelihatan berat sebelah, tetapi penulis hanya melaporkan dan mengupas isu ini berdasarkan maklumat yang penulis peroleh daripada pelbagai sumber.
Berdasarkan kajian yang penulis lakukan, terlalu banyak maklumat yang boleh diperoleh tentang siapa yang menentang PPMI dan sebab musabab penentangnya mereka seperti yang telah penulis bincangkan. Kebanyakan alasan yang diberi berlandaskan bukti kukuh dan berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Namun bagi pihak yang menyokong PPSMI, pendapat dan suara mereka tidak banyak yang didedahkan kepada umum.
Kalaupun ada, suara yang menyokong PPSMI ini lebih menekankan akan kepentingan bahasa Inggeris dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.
0コメント